Gambar tempat tidur pramugari dalam pesawat - Bukan hanya pelancong sahaja yang perlu untuk merehatkan kepala mereka semasa penerbangan jarak jauh. Anak-anak kapal juga perlu mengambil sedikit masa untuk merehatkan diri mereka. Tetapi anda pasti tertanya-tanya di mana mereka pergi pada masa rehat mereka?
Kawasan rehat crew anak kapal di letakkan di tempat yang terbatas pada dalam pesawat. Bahagian rehat kakitangan pekerja syarikat penerbangan berbeza-beza. Ada yang menawarkan tawaran yang lebih mewah untuk pekerja penerbangan dan sistem hiburan.
Bahagian rehat tersembunyi di dalam petak di bahagian atas kapal terbang, atau bahagian yang ditutup di kabin utama yang sama seperti penumpang biasa.
Dalam pesawat Cathay Pacific 777-300ER terdapat tangga rahsia menuju CRC di bahagian belakang pesawat. Kawasan itu adalah seperti terowong, dan atendan perlu menunduk untuk melaluinya, tetapi ada ruang untuk lapan kakitangan penerbangan.