Saya tak akan kahwin dengan Zizan Razak - Pelakon Emma Maembong hari ini (12 april 2015) menafikan dia merupakan bakal isteri pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak, 31.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, selepas hubungan cinta mereka berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan Razak meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.
“Maaf saya bukan wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” kata emma.
Zizan akui bakal berkahwin pada bulan Jun ini dengan gadis sekampung, tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu.
Menolak tindakan Zizan sebagai suatu keputusan yang tergesa- gesa, kata Emma dia percaya soal jodoh. Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan dapat memilih apa yang terbaik buatnya.
“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma lagi.
SEARCH TERM :
emma mambong zizan razak
zizan emma
zizan berkahwin
saya tak akan berkahwin dengan zizan razak
kisah cinta emma dan zizan
identiti bakal isteri zizan