4 Fungsi batu kerikil dikawasan rel keretapi - Kenapa dan mengapa batu kerikil di letakkan dikawasan rel keretapi. Mari kita sama-sama merungkai misteri dan fungsi batu kerikil dikawasan rel keretapi.
4 Fungsi Batu Kerikil Dikawasan Rel Keretapi
- Pemampat dan pemberat
- Penyerap getaran dan gegaran
- Pengalir air
- Penghalang kepada pertumbuhan rumput
1. Pemampat dan pemberat
Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel keretapi dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atas landasan kereta api dapat berjalan dengan baik.2. Penyerap getaran dan gegaran
Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran dan gegaran yang berlaku ketika kereta api sedang melalui rel keretapi. Getaran dan gegaran yang terjadi dapat dikurangkan dan boleh menambah jangka hayat keretapi (keretapi tidak mudah rosak).3. Pengalir air
Batu kerikil di keretapi boleh menahan dan melancarkan aliran air semasa hujan. Ia juga berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.4. Penghalang kepada pertumbuhan rumput
Batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar kawasan rel keretapi. Pertumbuhan rumput ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan keretapi terbabas dari landasannya kerana rumput bersifat 'licin'.* 5 jenis pasport paling berkuasa di dunia *
Itu je la kot, terima kasih sebab sudi membaca artikel ini mengenai 4 Fungsi Batu Kerikil Dikawasan Rel Keretapi.