Tasha Shilla mengamuk digelar perempuan murahan


Tasha Shilla mengamuk digelar perempuan murahan - Selepas sekian lama kerap menerima komen negatif dari pengikut tasha shilla di Instagram, Tasha Shilla nampaknya hari ini seakan hilang sabar apabila mengeluarkan kenyataan membalas semua yang menegur cara pemakaiannya sekaligus.

Bukan itu sahaja, menerusi kemaskini terbaru Instagram Tasha Shilla turut mendedahkan wajah pengguna akaun di Instagram yang sering meninggalkan komen berbaur ‘nasihat’ terhadap cara beliau menjalani hidup terutamanya dalam bab pemakaian yang tidak mengikut lunas Islam.

Tasha Shilla mengamuk digelar perempuan murahan

Setakat ini sahaja, sudah tiga individu didedahkan di Instagram Tasha Shilla dan ini mula mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat beliau yang mula merasakan pelakon ini tidak boleh menerima teguran atau nasihat secara terbuka.

“Saya tak marah cuma biarlah saya kongsikan bagaimana kamu tengok saya boleh tersenyum dan bahagia. Bukan senang jadi diri yg dikenali ramai lagi lagi berstatus selebriti. Selalu dihukum oleh manusia yang bijak pandai di dunia ini. Hakikatnya artis ini juga manusia seperti kamu”
“Ada hati dan perasan, kita suka cari salah artis macam la kita baik sangat. Tak tutup aurat masuk neraka, perempuan akhir zaman, begitu skali pemikiran kalian.
“Saya Tasha Shilla tetap jujur menjadi diri saya, biar tak tutup aurat di kepala tapi saya menjaga aurat hati lidah mulut saya. Bukannya seperti sebilangan orang yang hanya tahu berkata-kata tapi hipokrit. Yakinlah semua manusia hendak ke arah kebaikan, bagi semangat kepada mereka,”

SEARCH TERM :
instagram tasha shilla
tasah shilla mengamuk
tasha shilla lucah
cara pemakaian tasha shilla
tasha shilla perempuan murahan
gambar tasha shilla
biodata tasha shilla