Senarai 5 diktator paling kejam di dunia


Senarai 5 diktator paling kejam di dunia - Aku nak kongsikan senarai 5 diktator paling kejam di dunia berdasarkan kematian sepanjang sejarah pemerintahan. Aku rasa ramai yang tak tahu lagi ni..

Senarai 5 Diktator Paling Kejam Di Dunia


1. Mao Zedong, China (45-75 juta kematian sepanjang pemerintahan)

Semasa rejim Mao memerintah China, sesiapa yang dikesan tidak sihat atau terlalu tua tidak akan mendapat bantuan makanan dan dibiarkan kelaparan. Ibu bapa yang anaknya didapati mencuri makanan akan dipaksa untuk menanam anak mereka hidup-hidup.

1. Mao Zedong, China (45-75 juta kematian sepanjang pemerintahan)

2. Joseph Stalin, Rusia (40-62 juta kematian sepanjang pemerintahan)

Ketika dibawah rejim Stalin, 90% sumber makanan dirampas oleh kerajaan menyebabkan 5 juta penduduk mati kebuluran.

2. Joseph Stalin, Rusia (40-62 juta kematian sepanjang pemerintahan)

3. Adolf Hitler, Jerman (17-20 juta kematian sepanjang pemerintahan)

Beliau digelar sebagai diktator yang kejam semasa tercetusnya ‘World War 2′ oleh musuh-musuhnya iaitu Perancis, Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China. Perluasan kuasa yang dijalankan oleh Hitler telah mengorbankan hampir 2/3 penduduk Yahudi di Eropah.

3. Adolf Hitler, Jerman (17-20 juta kematian sepanjang pemerintahan)

4. Raja Leopold II Belgium, Congo (13 juta kematian sepanjang pemerintahan)

Ketika Congo dibawah pemerintahan Belgium iaitu Raja Leopold II, beliau telah membunuh lebih 10 juta penduduk dengan membakar perkampungan serta mendera hamba abdi sehingga mati.

4. Raja Leopold II Belgium, Congo (13 juta kematian sepanjang pemerintahan)

5. Chiang Kai-Shek, China & Taiwan (10 juta kematian sepanjang pemerintahan)

Mengarahkan pembunuhan beramai-ramai di Shanghai pada tahun 1927. Lebih 5,000 berfahaman komunis serta pelajar telah terbunuh. Jeneral Chiang Kai-Shek juga bertanggungjawab keatas kematian 20,000 penduduk Taiwan pada tahun 1947 yang kebanyakkan mangsa adalah golongan intelektual serta pemimpin tempatan.

5. Chiang Kai-Shek, China & Taiwan (10 juta kematian sepanjang pemerintahan)

# 4 Fungsi Batu Kerikil Dikawasan Rel Keretapi
# 5 jenis pasport paling berkuasa di dunia
# Senarai 5 diktator paling kejam di dunia